Thursday

MEMAHAMI KEKUATAN UMNO SABAH

Kehadiran UMNO di Sabah sebenarnya telah mengubah senario politik negeri di Bawah Bayu ini. Percubaan sebahagian bekas ahli USNO & Berjaya untuk bangun membina kekuatan menentang dan mengubah sokongan rakyat (bumiputera Islam) dari UMNO ternyata gagal. Kekuatan UMNO Sabah sebenarnya berpaksikan kepada beberapa perkara, dan dikesempatan ini saya ingin berkongsi pandangan dengan menyentuh Kekuatan Pemimpin UMNO tempatan itu sendiri.

Pemimpin UMNO yang ada pada hari ini adalah warisan daripada kepemimpinan USNO & Berjaya. Mereka telah membina kekuatan dari dua buah parti politik ini walaupun sebahagiannya lahir dari parti PBS. Mereka ini mempunyai pengaruh kuat dan seandainya mereka ini bergabung dan menubuhkan parti tempatan (baru) dan bertindak melawan UMNO dalam PRU13 sudah pasti beberapa kejutan akan terhasil. Namun itu hanya andaian, kerana mereka ini masih setia bersama UMNO.

Mengimbas kembali sejarah kemasukan UMNO ke Negeri di Bawah Bayu, beberapa nama pemimpin yang masih ada pada hari ini adalah mereka yang kuat dalam usaha merealisasikan kewujudan UMNO di Sabah. Kedudukan mereka pada ketika itu sememangnya teguh dan diterima masyarakat setempat. Lantaran itu tidak sukar bagi mereka untuk memastikan UMNO terus bertapak dengan selesa di kawasan mereka. Penerimaan masyarakat pada masa itu secara amnya adalah disebabkan pemimpin yang mereka hormati menerima UMNO sebagai wadah untuk meneruskan perjuangan politik mereka. Kalau ada pun alasan penerimaan UMNO oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh alasan agama & bangsa, saya kira itu amat sedikit bilangannya.

Senario yang ada pada hari ini masih berpihak kepada UMNO untuk terus bertahan. Keadaan ini menjadi sebegitu rupa bukan saja disebabkan kekuatan pemimpin UMNO yang ada malah kekurangan pada parti-parti lawan sendiri. Disebut-sebut PKR sebagai lawan utama UMNO tapi apa yang berlaku kepada PKR ini ialah pemimpin yang ada tidak mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan mereka sendiri. Usah kita bandingkan kekuatan kewangan mereka tapi kekuatan dari segi ketrampilan, ketokohan untuk berucap(berpidato) juga sukar untuk dicari. Kepintaran dari segi mengulas isu-isu yang ada samada isu nasional atau tempatan perlu diambil berat oleh pemimpin yang ingin menguatkan pengaruh dan kepercayaan masyarakat. Mereka tidak boleh meniru cara para pemimpin UMNO berpolitik. Parti-parti lawan kena faham bahawa UMNO Sabah kuat serba serbi lantaran itu mereka seharusnya tidak berpolitik cara UMNO, sebaliknya mencari kaedah yang mudah untuk digunakan meskipun strategi sama digunakan dengan melihat kelemahan UMNO itu sendiri.

Monday

KEMENANGAN RAKYAT SARAWAK

Keputusan pilihanraya negeri Sarawak memberikan pelbagai tafsiran samada daripada pihak pemerintah (BN), pembangkang mahupun para pemerhati yang cintakan dunia politik. Sudah pasti banyak pandangan yang diberikan terhadap kemenangan BN dan pembangkang dalam pertarungan yang terhebat dalam sejarah pilihanraya negeri ini

Kemenangan PBB dikesemua dewan undangan negeri yang sebenarnya tidak menghairankan apabila melihat sentimen dan pendirian politik rakyat Sarawak dari dulu lagi. Saya melihat masyarakat melayu khusunya masih mahukan PBB mewakili mereka dalam urusan pentadbiran negeri mereka. Rasa tidak senang terhadap kepimpinan TSTM memang tidak dapat diselindungkan namun sentimen dan pendirian mereka dalam urusan pentadbiran negeri mengatasi perasaan marah mereka terhadap TSTM. Mengapa ini berlaku?

Sebenarnya bagi mereka, kekalah PBB akan memberi ruang kepada usaha membawa UMNO ke negeri itu. Beberapa tahun dahulu, telah ada usaha ini, namun mendapat reaksi negatif daripada rakyat negeri itu. Apa yang berlaku terhadap USNO dan Sabah sendiri telah memberi pengajaran kepada mereka. Kesediaan USNO dikafankan dengan memberi ruang UMNO bertapak telah memberi pelbagai kesan kepada negeri Sabah. Kepemimpinan UMNO Sabah ternyata lebih banyak dipengaruhi oleh kempemimpinan UMNO Pusat. Keadaaan ini sebenarnya telah memberi kesan dalam mencorak pentadbiran negeri Sabah berbanding di zaman USNO, Berjaya dan PBS. Inilah sebenarnya yang tidak dimahukan oleh rakyat Sarawak.

Memberi kemengan kepada calon melayu PKR juga akan mengundang masalah yang sama kerana kepemimpinan PKR negeri masih lagi di bawah kepemimpinan PKR pusat. Lantaran itu bagi mereka walaupun keinginan untuk memaksa TSTM berundur dalam pilihanraya kali ini membuak-buak namu survival kepemimpian dan suara putus anak negeri masih menjadi keutamaan. PR sepatutnya melihat perkara ini dengan lebih kritis. Seandainya ada parti politik tempatan (majoriti melayu)selain PBB yang lebih berkelibar dan bewibawa pasti saingan sengit akan diterima oleh PBB.

WAJAH SEBENAR: Antara Sarung Tangan dan Bendera

1. Kemarahan BN(UMNO) kerana bendera BN dibakar sungguh jelas sehingga laporan polis dibuat. Kesungguhan dan keberanian mereka untuk mempertahankan maruah (bendera) yang dibakar tidak dapat dinafikan. Semangat sayangkan parti dan maruah parti sememangnya sesuatu yang hebat. Semangat ini seharusnya terus membara apabila maruah Agama disentuh.

2. Keceluparan pemimpin MCA yang memperlekehkan seorang muslimah memakai sarung tangan untuk berjabat tangan dengan bukan muhram nampaknya tidak menimbulkan kemarahan kepada kelompok individu di atas seterus berarak membuat laporan polis. Apakah keceluparan pemimpin MCA ini tidak menyentak hati mereka. Lantaran itu jangan marah kalau ada yang mengatakan mereka ini lebih sayangkan parti dari maruah agama.

3. Mungkin juga mereka menjadi keliru dan serba salah untuk menzahirkan kemarahan lantaran sebilangan wanita dalam kelompok mereka tidak menggunakan sarung tangan sebegitu bagiu tujuan yang sama. Mulut mereka juga terpaksa dijahit kerana kalau bersuara ia pasti seperti meludah ke langit kerana mereka tahu bagaimana isteri ketua dan pembesar mereka.

4. Tingkahlaku sekelompok dalam BN (UMNO) yang hanya bersungguh menunjuk kemarahan apabila bendera dibakar tapi menikus apabila keluruhan agama diperlekehkan amat mendukacitakan. Kerana sikap dan tingkahlaku sebeginilah persepi dan tanggapan marhain sinis kepada mereka(BN & UMNO). Oleh itu jangan salahkan rakyat kalau hari demi hari rakyat makin mual dan loya untuk menyokong BN (UMNO).

5. Mereka mungkin kata mereka pun tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin MCA itu. Tapi apa yang jelas ketidak sukaan mereka itu tidak dapat dilihat dan ditimbang oleh rakyat terbanyak. Inilah kesan sebaran maklumat melalui media elektronik khususnya TV.

6. TV hanya menyiarkan kesungguhan dan kemarahan mereka terhadap bendera di bakar tapi TV tidak menyiarkan ketidak setujuan mereka terhadap keceluparan pemimpin MCA. Inilah natijahnya apabila media (TV) tidak berlaku adil dalam penyebaran maklumat mereka. Apabila kena batang hidung sendiri baru tahu apa makna berlaku adil dalam penyebaran maklumat.

7. Permainan politik lama masih mendalam dan subur dalam kelompok BN. lantaran kesombongan dan keangkuhan yang masih teguh dalam jiwa kelompok ini, ternyata perubahan yang dicanang selepas PRU 2008 tidak kemana.

8. Wajah sebenar pejuang sekelompok individu yang kononnya mendokong perjuangan membela rakyat dan mendahulukan rakyat terus tersasar jauh. Isu sensitif yang dicanang dan diperlekeh oleh rakan sekelompok tidak mendetikkan kemarahan. Namun bendera terbakar yang masih tidak diketahui angkara siapa terus menjadi agenda utama.

FOREX CALENDAR

Market Trend

Akmos sentiment indicator

IMPORTANT WEB FOR TRADER

MARKETIVA