Monday

KEMENANGAN RAKYAT SARAWAK

Keputusan pilihanraya negeri Sarawak memberikan pelbagai tafsiran samada daripada pihak pemerintah (BN), pembangkang mahupun para pemerhati yang cintakan dunia politik. Sudah pasti banyak pandangan yang diberikan terhadap kemenangan BN dan pembangkang dalam pertarungan yang terhebat dalam sejarah pilihanraya negeri ini

Kemenangan PBB dikesemua dewan undangan negeri yang sebenarnya tidak menghairankan apabila melihat sentimen dan pendirian politik rakyat Sarawak dari dulu lagi. Saya melihat masyarakat melayu khusunya masih mahukan PBB mewakili mereka dalam urusan pentadbiran negeri mereka. Rasa tidak senang terhadap kepimpinan TSTM memang tidak dapat diselindungkan namun sentimen dan pendirian mereka dalam urusan pentadbiran negeri mengatasi perasaan marah mereka terhadap TSTM. Mengapa ini berlaku?

Sebenarnya bagi mereka, kekalah PBB akan memberi ruang kepada usaha membawa UMNO ke negeri itu. Beberapa tahun dahulu, telah ada usaha ini, namun mendapat reaksi negatif daripada rakyat negeri itu. Apa yang berlaku terhadap USNO dan Sabah sendiri telah memberi pengajaran kepada mereka. Kesediaan USNO dikafankan dengan memberi ruang UMNO bertapak telah memberi pelbagai kesan kepada negeri Sabah. Kepemimpinan UMNO Sabah ternyata lebih banyak dipengaruhi oleh kempemimpinan UMNO Pusat. Keadaaan ini sebenarnya telah memberi kesan dalam mencorak pentadbiran negeri Sabah berbanding di zaman USNO, Berjaya dan PBS. Inilah sebenarnya yang tidak dimahukan oleh rakyat Sarawak.

Memberi kemengan kepada calon melayu PKR juga akan mengundang masalah yang sama kerana kepemimpinan PKR negeri masih lagi di bawah kepemimpinan PKR pusat. Lantaran itu bagi mereka walaupun keinginan untuk memaksa TSTM berundur dalam pilihanraya kali ini membuak-buak namu survival kepemimpian dan suara putus anak negeri masih menjadi keutamaan. PR sepatutnya melihat perkara ini dengan lebih kritis. Seandainya ada parti politik tempatan (majoriti melayu)selain PBB yang lebih berkelibar dan bewibawa pasti saingan sengit akan diterima oleh PBB.

1 comment:

  1. Askum. secara logiknya saya bersetuju dengan pendapat saudara namun terdapat faktor besar lain yang mempengaruhi pola pengundian rakyat Sarawak Kali ini. Faktor ini boleh kita lihat melalui perbezaan keputusan di kawasan bandar dan luar bandar. Majoriti yang diperolehi oleh PR terlalu besar di bandar manakala BN memilikinya di beberapa kawasan luar bandar. Ramai pengalisis berpendapat kaum Cina tidak memihak kepada BN. Adakah ini benar atau tidak? Kalau ianya benar kenapa? Adakah hanya kaum Cina sahaja yang secara total menolak BN di bandar?Melihat kepada majoriti yang dperolehi oleh PR kita dapat melihat ianya juga didukung oleh kaum yang lain. Dikawasan luar bandar BN menang besar di beberapa kawasan. Adakah Kaum Cina di kawasan tersebut menolak BN? Kalau tolak tentu BN tak menang besar. Secara logiknya masyarakat bandar sentiasa terdedah kepada pelbagai media. Pendedahan ini membolehkan mereka membuat penilaian secara adil. setiap kes akan diteliti berdasarkan kepada fakta dan statistik yang meyakinkan. Ini bermakna mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan berita-berita yang disampaikan. Masyarakat luar bandar pula hanya sebahagian sahaja yang memperolehi maklumat dari pelbagai media. ramai dari kalangan mereka hanya memperolehi maklumat dari media perdana. Kita sedari media perdana hari ini semuanya dibawa kawalan BN. Kalau dulu kita boleh memperolehi sedikit maklumat dari diskusi astro Awani tapi kini tidak lagi. kerana ianya turut dimiliki oleh BN. Kebolehan capaian maklumat dari pelbagai media adalah faktor yang pertama.

    Selepas kegagalan BN memperolehi 2/3 kerusi di peringkat parlimen kita dapat melihat perubahan yang drastik dalam kempen BN. Setiap kali ada pengundian maka bertaburanlah rezeki angin bagi kawasan pengundian tersebut. Sama ada tunai ataupun melalui projek segera. Bertahun-tahun rakyat menanti Jalan di tar tak kunjung tiba. tapi melalui pilihan raya cakap apa saja pasti diluluskan. Mungkin selepasni kalau nakkan pembangunan segera di kawasan anda doakan sahaja YB mati cepat supaya ada PRK adalah projek.SPR sentiasa dilihat melakukan perubahan peraturan pilihanraya supaya ianya lanccar. Tidak terfikirkah mereka agar membuat peraturan semasa berkempen mana-mana parti tidak dibenarkan meluluskan atau mengumumkan projek di kawsan tersebut. Barulah ianya adil untuk parti bukan pemerintah. Sebagai rakyat kita hendak juga melihat setiap calon mengemukakan halatuju mereka secara logik dan memang boleh dilalkukan. Masyarakat luar bandar memang dahagakan pembangunan berbanding masyarakat bandar. Masyarakat bandar hanya mengharapkan bisnes atau urusan harian mereka lancar dan mudah diurs. Terlalu banyak birokrasi dan duit kopi maka akan marahlah mereka. Jalan memang dah bertar. Air hendak mandi selautan meter pun boleh asal tahan bilnya. Lampu? tak paya cerita tepi jalan pun boleh baca buku di waktu malam. oleh itu mereka tak boleh dipancing walaupun umum berbilion peruntukan. Faktor ini adalah faktor kedua.

    sebagai rakyat Malaysia saya tak heran kalau BN boleh menang. Tahniah tapi saya tak bangga.
    Setiap kali pengundian saya memang pangkah BN. Bukan kerana saya fanatik tapi sya sentiasa berharap mereka kan berubah. Negara ini maju kerana mereka. Tapi sampai bila? perubahan yang ingin dilihat semakin jauh kelihatan. Yang berubah hanyalah kata-kata pemimpinnya. Tapi tingkah dan wajah masih seperti dulu. Bahu ini semakin terbeban. harga minyak dan barangan semakin naik. Aku pelik. pemimpin kata nak hapus subsidi untuk kurangkan beban kerajaan. pemimpin tu tak taukah barang dan minyak naik rakyat akan terbeban. kerajaan tu siapa? kami rakyat adalah kerajaan. tanpa kami mana ada kerajaan. Siapa nak undi kamu jadi pemimpin kalau kami tiada? Dalam kotak fikiran, saya berpendapat pemimpin hari ini tidak faham erti sebenar kerajaan. wassalam

    ReplyDelete

FOREX CALENDAR

Market Trend

Akmos sentiment indicator

IMPORTANT WEB FOR TRADER

MARKETIVA